Skip to main content

Kampung Tanjong Radin, Mukim Guar Kepayang, 06700 Pendang, Kedah.

 

Tentang Bisnes.Kampung.Biz

Bisnes.Kampung.Biz adalah platform yang membantu anda mendapatkan kehadiran dalam talian untuk perniagaan anda tanpa perlu mengoperasikan laman web sendiri. Kami menawarkan penyelesaian segera kepada perniagaan yang berminat dengan menyediakan satu halaman khusus untuk perniagaan mereka. Anda tidak perlu tahu selok-belok penyediaan laman web. Ini adalah salah satu cara kami membantu perniagaan kecil untuk dikenali ramai dan berkembang. Hubungi kami untuk mendapatkan halaman web khusus untuk perniagaan anda!

Nilai Kami

Keterbukaan

Kami menghargai kejujuran dan ketelusan dalam perniagaan.

Kerjasama

Kami percaya dalam bekerjasama untuk kejayaan bersama.

Inovasi

Kami sentiasa mencari cara baru untuk meningkatkan perkhidmatan kami.

Servis Kami

Reka Bentuk Laman Web

Kami mencipta laman web yang menarik dan responsif untuk meningkatkan kehadiran dalam talian anda.

Pemasaran Dalam Talian

Strategi pemasaran yang berkesan untuk membantu perniagaan anda mencapai lebih banyak pelanggan.

Penulisan Salinan

Kami menawarkan penulisan salinan profesional untuk menarik perhatian pelanggan anda.

Pembuatan Website

Dapatkan halaman website perniagaan anda di Rakan Bisnes dengan bayaran yang berpatutan.

Pengiklanan Direktori

Senaraikan perniagaan anda dalam direktori kami untuk visibiliti yang lebih baik.

Khidmat Pelanggan

Kami memastikan anda mendapat sokongan yang anda perlukan dalam setiap langkah.

Kenapa Perlukan Website

7 Sebab Kenapa Bisnes Kecil Memerlukan Website


Nampak Lebih Profesional
Website menjadikan perniagaan anda kelihatan lebih dipercayai berbanding hanya bergantung pada media sosial.


Mudah Ditemui di Google

Mudah Ditemui di GooglemPelanggan mencari produk atau servis melalui Google. Tanpa website, bisnes anda mungkin terus terlepas pandang.


Beroperasi 24/7
Website membolehkan pelanggan melihat produk, servis, atau maklumat bisnes anda pada bila-bila masa tanpa bergantung pada waktu kerja.


Meningkatkan Keyakinan Pelanggan
Website boleh memaparkan testimoni, portfolio, dan maklumat lengkap yang membantu membina kepercayaan pelanggan.


Platform Milik Sendiri
Media sosial boleh berubah atau ditutup akaun, tetapi website adalah aset digital milik anda sendiri.


Mudah Dikongsi & Dipromosikan
Link website boleh dimasukkan dalam kad bisnes, WhatsApp, atau iklan online untuk memudahkan pelanggan terus akses.


Membuka Peluang Jualan Lebih Luas
Dengan e-commerce, bisnes kecil boleh menjual kepada pelanggan di luar kawasan, malah seluruh negara.


Website Ekonomi

Jenis website yang ditawarkan di sini ialah website ekonomi 1 halaman yang memaparkan maklumat perniagaan anda sperti contoh di bawah. Struktur dan rekabentuk website juga adalah sama dengan contoh yang diberikan, cuma maklumat perniagaan sahaja berbeza mengikut maklumat yang anda berikan. Anda boleh semak dari contoh tersebut atau dari dalam direktori bisnes kami. Laman web ini boleh disiapkan dalam masa 1 jam bekerja dan link boleh diserahkan kepada anda dalam 1 hari. 


Laman web jenis ini tidak dibekalkan dengan nama domain sendiri tetapi berkongsi dengan sub-domain Bisnes.Kampung.Biz. Harga website ini adalah di bawah RM100.00. Contohnya link yang anda akan dapat untuk website ialah https://bisnes.kampung.biz/bisnes/nama-website-anda. Contoh website yang telah dibuat menggunakan sistem ini ialah Dewan Semarak Kasih.


Jika anda berminat untuk mendapatkan website seperti ini boleh klik link borang di bawah untuk membuat tempahan.


Laman web penuh dan jenis lain juga boleh dibina tetapi mengambil masa yang lebih lama dan harganya bermula dari RM480.00 - RM2000.00 mengikut jenis-jenis website dan ciri-ciri yang ingin dimasukkan. Jika anda berminat untuk mendapatkan laman web penuh atau yang lebih kompleks, anda boleh dapatkan di Binaweb. Kampung.Biz.

Testimoni

Apa Kata Pelanggan Kami?

Pemasaran yang hebat! Web saya kini lebih menarik!

Apa Kata Pelanggan Kami?

Sangat membantu, kini perniagaan saya semakin berkembang.

Apa Kata Pelanggan Kami?

Perkhidmatan yang cemerlang dan sokongan yang mesra.